Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Syed Hamid Albar | |
---|---|
Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia | |
Memegang jawatan 25 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Musa Hitam |
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU | |
Memegang jawatan 10 Ogos 2018 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kota Tinggi, Johor | |
Dalam jawatan 3 Disember 1990 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Musa Hitam |
Digantikan oleh | Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid |
Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Timbalan | |
Didahului oleh | Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Digantikan oleh | Hishammuddin Hussein |
Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 7 Januari 1999 – 17 Mac 2008 | |
Timbalan | Leo Michael Toyad |
Didahului oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
Digantikan oleh | Rais Yatim |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 8 Mei 1995 – 7 Januari 1999 | |
Timbalan | Abdullah Fadzil Che Wan |
Didahului oleh | Mohd Najib Abdul Razak |
Digantikan oleh | Abang Abu Bakar Abang Mustapha |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) | 15 Januari 1944
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin |
Anak-anak | 6 |
Ibu bapa | Tan Sri Syed Jaafar Albar (bapa) Puan Sri Sharifah Fatimah Albar (ibu) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam[1] |
Laman web rasmi | www |
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (Arab: سيد حامد بن سيد جعفر البار Sayyid Ḥāmid bin Sayyid Ja'far al-bār;[2][3] lahir 15 Januari 1944), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).[4][5][6]
Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, bapanya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi para ekspatriat dan pelajar dari Malaysia di London. Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1986. Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008.[7]
Pilihan raya Malaysia 2008
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Syed Hamid Syed Jaafar Albar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional/UMNO. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Tinggi, negeri Johor. Syed Hamid Bin S Jaafar Albar telah menang dengan mendapat undian sebanyak 22682.[8][9]
Calon lawan ialah Onn Jaafar daripada PAS yang mendapat 3,721 undian telah kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Bilangan undi rosak sebanyak 653.
PhD tentang Dr Mahathir
[sunting | sunting sumber]Pada 21 September 2014, Syed Hamid Syed Jaafar Albar menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti e Asia (AeU) di Kuala Lumpur. Tesis beliau bertajuk "Kepentingan Negara dalam Polisi Luar Malaysia: Era Mahathir (1981-2003) iaitu semasa Syed Hamid menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008). Beliau menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Tesis itu disiapkan dari 2011 hingga 2013. Walaupun Malaysia negara kecil, tapi ia berjaya menjadi 'negara kuasa tengah', idea serta peranannya diiktiraf sama ada di peringkat rantau atau antarabangsa.[10]
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU pada 10 Ogos 2018 lalu.[11]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Syed Hamid Albar (UMNO) | 36,504 | 79% | Ma'on Omar (S46) | 9,956 | 21% | ||
1995 | Syed Hamid Albar (UMNO) | 36,776 | 92% | Mohamed Hanipa Maidin (PAS) | 3,007 | 8% | ||
1999 | Syed Hamid Albar (UMNO) | 36,819 | 86% | Rosdin Taha Abd Rahman (Keadilan) | 5,651 | 13% | ||
2004 | Syed Hamid Albar (UMNO) | – | – | Tidak bertanding | – | – | ||
2008 | Syed Hamid Albar (UMNO) | 22,682 | 86% | Onn Jaafar (PAS) | 3,721 | 14% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Deadline should be set for its usage in courts, New Straits Times, p. 6
- ^ http://arabic.peopledaily.com.cn/31663/3314902.html
- ^ http://www.ipsinternational.org/arabic/print.asp?idnews=250
- ^ The Straits Times, 1 June 2007, Insight–Boosting links, 'software' to rekindle Arab ties, by Jeremy Au Yong
- ^ The world's successful diasporas
- ^ Speech by Dato Seri Syed Hamid Albar
- ^ "40 Years of ASEAN: Its Evolution and its Challenges today". London School of Economics. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ "Ahmad Zahid, Hishammuddin, Shafie Win Umno Veep Posts". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-31. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ "Syed Hamid quits Kota Tinggi, urges support for replacement". The Malaysian Insider. 12 April 2013. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ Hamid Albar dapat PhD, tesis tentang Dr M
- ^ BERSATU laksana kaedah satu undi satu ahli
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan). Percentages exclude informal votes.
Penyandang Terdahulu | Menteri Pertahanan 1995– 1999 |
Penyandang Kemudian |
Najib Tun Razak |
Najib Tun Razak |
Penyandang Terdahulu | Menteri Luar Negeri 1999– 2008 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi |
Rais Yatim |
Penyandang Terdahulu | Menteri Dalam Negeri 2008– 2009 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Hishammuddin Hussein |
- Kelahiran 1944
- Orang hidup
- Orang dari Pulau Pinang
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Muslim Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Peguam Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Menteri Luar Negeri Malaysia
- Menteri Pertahanan Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Menteri Undang-undang Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Setia Mahkota Johor
- Orang Malaysia berketurunan Yaman