Stadium Nasional Beijing
Sarang Burung | |
Nama penuh | Stadium Nasional |
---|---|
Lokasi | 1 National Stadium South Road, Beijing, China |
Transit awam | 8 15 Olympic Park 8 Olympic Sports Center |
Suite Eksekutif | 140 |
Kapasiti | 80,000 (sejak Olimpik 2008)[1] |
Permukaan | Rumput |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 24 Disember 2003 |
Dibina | September 2007 |
Dibuka | 28 Jun 2008 |
Arkitek | Herzog & de Meuron[2] ArupSport China Architectural Design & Research Group Ai Weiwei (Artistic consultant) |
Jurutera struktur | Arup[2] |
Tuan rumah | |
Pasukan bola sepak kebangsaan China |
Stadium Nasional Beijing | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 北京国家体育场 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 北京國家體育場 | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Alternative Chinese name | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 鸟巢 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 鳥巢 | ||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | Sarang Burung | ||||||||||||||||||||
|
Stadium Nasional Beijing (Cina Tradisional: 北京國家體育場 ; Cina Ringkas: 北京国家体育场 ; Hanyu Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; Tongyong Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; bahasa Inggeris: Beijing National Stadium ), juga dikenali sebagai Stadium Nasional[3] atau "Sarang Burung" (鸟巢) masih berada dalam pembinaan di Olympic Green di Beijing, China yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac 2008.[4] Stadium ini akan menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Pada 2002, Kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize-memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk.[5] Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan ini dilemparkan setelah sekurang-kurangnya 10 pekerja mati ketika dalam pembinaan.[6] Kontroversi juga timbul apabila berlaku tuduhan secara paksaan lalu beberapa residen telah dihalau tetapi pembinaan masih berjalan seperti biasa.
.
Kapasiti
[sunting | sunting sumber]Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (≈423 juta USD).
Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.
Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power[perlu rujukan].
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Beijing National Stadium, Olympic Green". East Asia. Arup. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2008. Dicapai pada 28 Ogos 2008.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAR98
- ^ The National Stadium - The Official Website of the Beijing 2008 Olympic Games
- ^ "Photo: 'Bird's Nest' due for completion at the end of March - The Official Website of the Beijing 2008 Olympic Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-08. Dicapai pada 2008-04-13.
- ^ Merewether, Charles, Editor.~Essays by Jonathan Napack and Chin-Chin Yap. Ai Weiwei, Works: Beijing 1993-2003. Beijing: Timezone 8 Ltd., 2003.
- ^ China hushes up Olympic deaths - Times Online
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Nasional Beijing |
- Design competition finalists Diarkibkan 2008-06-19 di Wayback Machine
- Design partner project site
- Beijing National Stadium Info & Gallery
- Arthur Lubow (May 21, 2006). "The China Syndrome". The New York Times Magazine. Details the architect's experience working on the stadium.
- Details of current construction
- Construction update by BCI Asia Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
- Stadium in Construction on Google Maps
- Hydraulics helps the Beijing’s “Bird’s Nest” to stand on its own feet Diarkibkan 2008-03-08 di Wayback Machine
- Bird’s Nest. Herzog & de Meuron in China. Documentary, 88 minutes, DVD availability from summer 2008 on