Pak Pandir Membeli Padi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Salam sejahtera ,Terima kasih Pengerusi majlis, Yang saya hormati para hakim,

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita


bertajuk ‘ Pak Pandir membeli beras’.

Hai, kawan-kawan.

Pada zaman dahulu ada seorang tua bernama Pak Pandir. Isterinya pula
bernama Mak andeh.Mereka tinggal di hujung kampung. Pak Pandir adalah
seorang yang lurus bendul dan pelupa. Setiap kali Mak Andeh menyuruhnya
membuat kerja , ada-ada saja kesilapan yang di lakukannya.

Pada suatu hari, mereka kehabisan padi. Oleh itu, Mak Andeh memberikan
wang kepada Pak Pandir untuk membeli padi. “ingat Pak Pandir , beli padi jangan
pula di beli hampasnya. Pesan Pak Andeh sekali lagi. “Baiklah, baiklah! “ jawab Pak
Pandir.

Setelah beberapa jam berjalan, Pak Pandir pun tiba di sebuah sawah padi
di kampung seberang. Dia ternampak beberapa orang petani sedang menampi
padi. Pak Pandir pun menghampiri mereka. “Bolehkah saya membeli hampas padi
ini ?”. Tanya Pak Pandir. Petani-petani itu terperanjat apabila mendengar kat-
kata Pak Pandir lalu berpaling.

“Pak Pandir rupanya” kata salah seorang daripada petani itu. “Kami tidak
jual hampaspadi ini. Tapi jika hendak, ambil sajalah berapa banyak yang awak
mahu” ujar salah seorang daripada petani itu.

“ Eh, tidak boleh,Mak Andeh pesan, saya mesti beli hampas padi ini. Saya
tidak bleh mengambilnya dengan percuma. Kalau awak tidak mengambil wang ini,
Mak Andeh pasti akan memarahi saya nanti. Ambillah wang ini.” Kata Pak Pandir
dengan bersungguh-sungguh.

Pak Pandir pun meletakkan wang ke dalam tangan petani tadi lalu mengisi
hampas padi kedalam karung. Setelah karungnya penuh dengan hampas padi, Pak
Pandir pun memikul karung itu lalu berjalan pulang.
Setelah agak jauh berjalan, Pak Pandir terjumpa sebatang anak sungai. Pak
Pandir mundar mandir sepanjang tebing sungai untuk mencari titi. Dia tidak mahu
mambasahkan kakinya untuk mengharungi arus sungai itu.

Tiba-tiba Pak Pandir ternampak sebatang ranting kayu merentangi anak


sungai itu. Kelihatan beribu-ribu ekor semut sibuk berulang alik diatas ranting
itu. “Rantingnya kecil saja tetapi tidak patah, walaupun beribu-ribu ekor semut
berjalan di atasnya. Tentu ranting ini tidak patah kalau aku seorang saja yang
menitinya. Lagipun aku ini bukan berat sangat. Tentu tidak menjadi masalah.

Hari pun telah tengah hari. Baik aku cepat sebelum Mak Andeh
memarahiku” kata Pak Pandir dalam hati. Pak Pandir pun memijak ranting itu.
Ranting itu mulai bergoyang –goyang kerana menampung berat badan Pak Pandir.
Tiba-tiba, ranting itu patah. Pak Pandir dan karung berisi hampas padi terjatuh
ke dalam sungai.

Pak Pandir bernasib baik kerana dapat menyelamatkan karung yang berisi
hampas padinya daripada hanyut di bawa arus. Aduhai….kasihan Pak Pandir
mengigil kesejukan. Sudahlah pakaiannya basah kuyup, dia terpaksa memikul
karung hampas padinya yang semakin berat. Dia berjalan terbongkok-bongkok
kerana tidak menahan bebanan karung yang berat itu.

Sebaik-baik Pak Pandir sampai di rumah, Mak Andeh terus


menghampirinya. Mak Andeh berasa hairan apabila melihat pakaian Pak Pandir
yang basah kuyup. “Eh, Pak Pandir mengapakah pakaian awak basah kuyup? Mana
padi yang saya suruh awak beli tadi?” tanya Mak Andeh.
Pak Pandir pun menceritakan segala kejadian yang berlaku. Dia berharap
agar Mak Andeh akan merasa kasihan kepada dirinya. Sebaliknya Mak Andeh naik
berang setelah mendengar penjelasan tersebut. Pak Pandir di pukul dengan kayu
penyapu. Aduhai, Kasihan diri Pak Pandir bagai jatuh di timpa tangga.

Wahai kawan-kawan, beringatlah selalu bahawa sikap lurus bendul tanpa


berfikir masak akan merugikan diri sendiri. Sebelum undur diri, mari kita
fikirkan...
‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna’. Sekian, terimakasih.
Salam sejahtera / ,Terima kasih Pengerusi majlis,/ Yang saya hormati / para
hakim,/ Guru-guru /dan rakan-rakan sekalian./ Saya akan menyampaikan / sebuah
cerita bertajuk / ‘ Pak Pandir membeli beras’.
Hai, kawan-kawan./
Pada zaman dahulu/ ada seorang tua/ bernama Pak Pandir. / Isterinya
pula / bernama Mak andeh./ Mereka tinggal /di hujung kampung./ Pak Pandir
adalah / seorang yang lurus bendul / dan pelupa./ Setiap kali / Mak Andeh /
menyuruhnya / membuat kerja ,/ ada-ada saja / kesilapan yang di lakukannya./

Pada suatu hari,/ mereka kehabisan padi./ Oleh itu, / Mak Andeh
memberikan wang / kepada Pak Pandir/ untuk membeli padi. /
“ingat Pak Pandir ,/ beli padi / jangan pula / di beli hampasnya. / Pesan mak
Andeh sekali lagi. /“Baiklah, baiklah! “/ jawab Pak Pandir./

Setelah / beberapa jam berjalan, / Pak Pandir pun / tiba di sebuah


sawah padi / di kampung seberang./ Dia ternampak / beberapa orang petani /
sedang menampi padi. / Pak Pandir pun / menghampiri mereka./ “Bolehkah saya
membeli/ hampas padi ini ?”/ Tanya Pak Pandir. / Petani-petani itu / terperanjat
apabila mendengar kat-kata Pak Pandir / lalu berpaling.

“Pak Pandir rupanya”/ kata salah seorang / daripada petani itu. / “Kami
tidak jual hampas padi ini./ Tapi jika hendak, ambil sajalah / berapa banyak /
yang awak mahu”/ ujar salah seorang daripada petani itu. /

“ Eh, / tidak boleh, / Mak Andeh pesan, /saya mesti beli / hampas padi ini
/ Saya tidak boleh mengambilnya / dengan percuma. /Kalau awak tidak mengambil
/wang ini, / Mak Andeh / pasti akan / memarahi saya nanti. / Ambillah wang ini.”
/ Kata Pak Pandir / dengan bersungguh-sungguh.

Pak Pandir pun / meletakkan wang ke dalam / tangan petani tadi / lalu
mengisi hampas padi / kedalam karung. / Setelah karungnya penuh / dengan
hampas padi, / Pak Pandir pun / memikul karung itu / lalu berjalan pulang. /

Setelah agak jauh berjalan, / Pak Pandir terjumpa / sebatang anak


sungai./ Pak Pandir mundar mandir / sepanjang tebing sungai / untuk mencari
titi. / Dia tidak mahu / mambasahkan kakinya / untuk mengharungi / arus sungai
itu.

Tiba-tiba / Pak Pandir ternampak / sebatang ranting kayu / merentangi


anak sungai itu. / Kelihatan beribu-ribu ekor semut / sibuk berulang alik / diatas
ranting itu./
“Rantingnya kecil saja / tetapi tidak patah, / walaupun beribu-ribu ekor
semut / berjalan di atasnya. / Tentu ranting ini tidak patah / kalau aku seorang
saja / yang menitinya. / Lagipun / aku ini bukan berat sangat./ Tentu tidak
menjadi masalah. /

Hari pun telah tengah hari./ Baik aku cepat balik / sebelum Mak Andeh /
memarahiku”/ kata Pak Pandir dalam hati./ Pak Pandir pun / memijak ranting itu.
/ Ranting itu mulai bergoyang –goyang / kerana menampung berat badan / Pak
Pandir./ Tiba-tiba, / ranting itu patah. / Pak Pandir dan karung berisi hampas
padi / terjatuh ke dalam sungai./

Pak Pandir / bernasib baik / kerana dapat menyelamatkan / karung yang


berisi hampas padinya / daripada hanyut di bawa arus. / Aduhai…/ .kasihan Pak
Pandir / mengigil kesejukan./ Sudahlah pakaiannya basah kuyup, / dia terpaksa
memikul karung hampas padinya / yang semakin berat./ Dia berjalan /
terbongkok-bongkok / kerana tidak menahan / bebanan karung yang berat itu./

Sebaik-baik Pak Pandir / sampai di rumah, / Mak Andeh terus


menghampirinya. / Mak Andeh berasa hairan / apabila melihat pakaian Pak
Pandir / yang basah kuyup. / “Eh, / Pak Pandir / mengapakah pakaian awak basah
kuyup? / Mana padi / yang saya suruh awak beli tadi?” / tanya Mak Andeh./
Pak Pandir pun / menceritakan segala kejadian yang berlaku./ Dia
berharap/ agar Mak Andeh / akan merasa kasihan / kepada dirinya. /
Sebaliknya Mak Andeh/ naik berang / setelah mendengar penjelasan tersebut. /
Pak Pandir pun di pukul dengan kayu penyapu. / Aduhai, /Kasihan diri Pak Pandir /
bagai jatuh di timpa tangga.

Wahai kawan-kawan, / .beringatlah selalu / bahawa sikap lurus bendul /


tanpa berfikir masak / akan merugikan diri sendiri./ Sebelum undur diri, / mari
kita fikirkan... ‘Sesal dahulu pendapatan, / sesal kemudian tiada berguna’.
Sekian, terimakasih. Jumpa lagi.

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy