Kuiz PAK21 Syahmi Rifqi Bin Shariman
Kuiz PAK21 Syahmi Rifqi Bin Shariman
Kuiz PAK21 Syahmi Rifqi Bin Shariman
Berdasarkan isu ini, bincangkan secara kritikal peranan anda sebagai guru sains bagi
melahirkan masyarakat yang celik sains di Malaysia.
(10 markah)
Based on these issue, critically discuss your role as a science teacher to create
literate science society in Malaysia.
(10 marks)
2. Penyoalan adalah antara aktiviti yang sangat penting untuk seorang guru tahu serta
menilai kefahaman pelajar dan keberkesanan pelajaran. Mengikut kajian, hanya 10-
20% daripada masa guru menanya soalan aras tinggi (Dillon, 1988; Gall, 1984).
Pada pendapat anda, mengapakah masalah ini terjadi dalam kalangan guru-guru
dalam melaksanakan soalan-soalan beraras tinggi di dalam pengajaran,
pembelajaran & pentaksiran mereka?
(10 markah)
Questioning is one of the activities that are very important for a teacher to assess
student’s understanding and its efficiency. According to the study, only 10-20% of the
teacher’s time was asking high order thinking skills (HOTS) questions (Dillon, 1988;
Gall, 1984).
Take Home Quiz For SCES3093
(10 marks)
Figure 1
Discuss how improving the results of the Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) exam done in Malaysia especially for science education.
(10 marks)
SOALAN TAMAT
QUESTIONS END HERE
Take Home Quiz For SCES3093
JAWAPAN
1 Dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahan bagi
membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang
akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21.
Menyedari perubahan masyarakat yang celik Sains bermula dari sistem pendidikan,
maka kurikulum, peranan guru dan sekolah merupakan perkara yang perlu
dibangunkan serta diubah suai terlebih dahulu.
Oleh hal yang demikian satu kaedah atau pendekatan dalam pengajaran sains telah
diteliti dan diubah suai dalam sistem pendidikan. STM atau juga dikenali sebagai
Sains Teknologi Masyarakat merupakan satu usaha kerajaan dalam memastikan
sains sentiasa dekat dengan masyarakat. Dalam bahasa aslinya (Bahasa Inggris),
pendekatan STM (Sains Teknologi dan Masyarakat) dikenal sebagai Science
Technology and Society Approach (Science = sains; Technology = teknologi; Society
= masyarakat; dan Approach = pendekatan).
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa
yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku
dalam pelbagai pendekatan seperti Pembelajaran Kontekstual dan Pendekatan
Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang
berunsurkan STM dijelmakan dalam kurikulum standard ini. Pendekatan STM
mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan
berlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi
dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada
kehidupan masyarakat.
dalam kehidupan seharian dan terutama dalam kalangan masyarakat. Perubahan ini
akan menjadi mangkin kepada pembangunan masyarakat bagi aspek sains di luar
buat masa sekarang disamping memastikan proses jangka masa panjang dalam
melahirkan masyarakat yang sedar akan kepentingan sains dalam kehidupan
dilaksanakan.
Selain itu pendekatan dan elemen pembelajaran di luar bilik darjah juga merupakan
satu pendekatan serta langkah yang terbaik dalam melahirkan masyarakat yang celik
sains. Menerusi program yang direka cipta oleh pihak sekolah dan guru sains seperti
program kelestarian sekolah dan sebagainya, pelajar memperolehi pelbagai ilmu
sains disamping penerapan kemahiran insaniah turut dapat dilakukan dalam diri
pelajar. Kemahiran insaniah ini penting dalam melahirkan anggota masyarakat yang
mampu membawa kepada perubahan yang besar dalam sesebuah kelompok
masyarakat. Guru sains bersama pihak sekolah harus lebih bijak dalam merangka
dan merancang pelaksanaan program ini. Sebaiknya ianya tidak terhad kepada
pelajar sahaja. Pelbagai galakan dan aktiviti yang boleh dilakukan melibatkan pihak
keluarga secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, melakukan aktiviti
pertandingan barangan kitar semula dimana setiap pelajar perlu membawa barangan
yang boleh dikitar semula dari rumah ke sekolah. Pelajar yang berjaya merekodkan
berat yang tertinggi akan diberikan anugerah khas dari sekolah. Aktiviti ini dapat
dijalankan dengan lancar sekiranya pihak keluarga atau ibu bapa terlibat secara tidak
langsung. Selain itu, ibu bapa juga wajar dijemput ke sekolah bagi mengambil
bahagian dalam aktiviti seperti gotong-royong dan sebagainya. Semasa sktiviti
dijalankan, pihak sekolah menerusi guru sains berpeluang dapat mendedahkan serba
sedikit mengenai alam sekitar kepada ibu bapa dan masyarakat setempat. Ini
sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang celik sains bukan hanya dari aspek
teori namun pelaksanaan.
Akhir sekali, pihak guru sains sains perlu sentiasa bergiat aktif dalam mencari NGO
atau aktivis terutama aktivis yang lebih menumpukan aspek pembangunan sains dan
yang lebih bersifat kemasyarakatan. Melalui cara ini, jalinan kolaborasi dalam
dilakukan antara sekolah dengan pihak-pihak ini. Dengan ini pelbagai aktiviti boleh
dirangka bukan sahaja untuk membangun pelajar di sekolah malahan ianya juga
boleh dilakukan dalam satu skop yang lebih besar iaitu masyarakat atau penduduk
setempat. Dengan adanya kolaborasi ini, gerak kerja yang lebih lengkap, terancang,
dan teratur dapat dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam memastikan objektif akhir
dimana untuk melahirkan masyarakat yang celik sains dapat dilahirkan. Sekiranya
Take Home Quiz For SCES3093
diteliti secara kasar, pihak sekolah akan berperanan dalam memastikan keterlibatan
masyarakat dalam sesuatu program. Sekolah boleh menguar-uarkan aktiviti yang
hendak dijalankan kepada masyarakat setempat. Hal ini kerana sedia maklum
sekolah merupakan antara tempat yang terpenting dalam kalangan masyarakat atau
di sesuatu kawasan kejiranan. Manakala dari aspek aktiviti, input dan bahan serta
kewangan akan dilakukan oleh pihak NGO dan aktivis ini. Hal ini kerana ini mereka
lebih kemahiran dalam aspek tersebut. Dengan ini dapat kita lihat dengan adanya
kerjasama antara NGO dan pihak sekolah terutama dalam bidang sains ini, proses
dalam melahirkan masyarakat yang celik sains dapat dibangunkan dengan terancang
dan teratur.
2 Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap guru yang kurang atau tidak menumpukan
terhadap membangun pelajar yang mampu berfikiran di aras yang tinggi. Dalam erti
kata lain mereka kurang peka terhadap penggunaan KBAT ini. Dalam sietem
pedidikan kita pada hari ini, perkara yang telah diberikan penekanan oleh pihak
kerajaan adalah untuk melahirakn model insan holistik yang mana dilengkapi dengan
ilmu pengetahuan disamping mempunyai pelbagai kemahiran termasuk kemahiran
insaniah yang tingi bagi menampung keperluan tenaga mahir dalam industri. Oleh itu
satu kenyataan daripada Menteri Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan dimana
Malaysia bukan ingin melahirkan robit namun ingin melainkan model insan. Namun
masyakarat pada hari ini masih lagi mengutamakan skor A dalam setiap peperiksaan.
Guru dan sekolah juga tidak dapat dari isu ini.
Akibat terlalu ingin menambah kuantiti pelajar yang mendapat A dalam subjek yang
diajar, guru dilihat tidak berminat untuk mengamalkan teknik penyoalan aras tinggi.
Mereka juga tiada kemahiran membina soalan terbuka aras tinggi kerana cenderung
menyogok fakta kepada pelajar mereka. Kajian Sukiman et al. (2012) mendapati
teknik penyoalan merupakan strategi yang sering digunakan oleh guru dalam PdP
tetapi guru cenderung menggunakan soalan aras rendah. Penggunaan soalan pada
aras rendah menyebabkan pemikiran pelajar tidak dapat dijana ke arah yang lebih
kritis (King, 1994). Hal ini disokong oleh Kassim dan Zakaria (2014) yang mendapati,
guru sebenarnya kurang mengamalkan soalan terbuka aras tinggi kerana mereka
kurang berkebolehan menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Lantaran itu,
maka Van Zee et al. (2001) telah mengemukakan beberapa cara bagi mencungkil
pemikiran pelajar berasaskan strategi soalan lisan guru. Antaranya adalah soalan
lisan bagi membina pemahaman konsep, soalan lisan bagi memberikan penjelasan
terhadap suatu definisi dan mengamalkan keadaan senyap atau masa menunggu.
Take Home Quiz For SCES3093
Keadaan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar melontarkan idea-
idea yang lebih kreatif tanpa menyekat keupayaan berfikir mereka. Jelaslah jika
KBAT diaplikasi dengan sempurna dalam PdP, ianya mampu melahirkan masyarakat
yang mempunyai kemahiran pemikiran aras tinggi.
membina item KBAT akan menjadi kesukaran kepada guru-guru yang tidak
mempunyai pengetahuan berkaitan KBAT. Justeru itu, isu yang jelas timbul ialah
guru kurang bersedia dari aspek pengetahuan berkaitan KBAT, melaksanakan
pedagogi berunsurkan KBAT, membina item KBAT dan pentaksiran.
3 Menyedari kelemahan pelajar dan pencapaian yang rendah dalam TIMS, pihak
kerajaan telah melakukan satu tindakan yang dratik bagi mengatasi masalah ini.
PPPM 2013-2025 telah dirangka dan telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah cetusan ilham,
mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah dilancarkan pada 6 September 2013
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia
mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam
tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Merupakan manifestasi
transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah
hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan
untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Sasaran yang ditetapkan di
bawah PPPM 2013-2015 akan meningkatkan kedudukan Malaysia ke tangga satu
pertiga atas dalam TIMSS dan PISA. Penerapan kemahiran berfikir dalam kurikulum
pembelajaran akan memudahkan pelajar membiasakan diri untuk menjawab soalan
yang pentakisran antarabangsa dan penambahbaikan kurikulum selaras era dunia
akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pemikiran kritis dan kreatif penting untuk menekankan pembelajaran berfikrah dan
meningkatkan daya berfikir dalam kalangan pelajar. Kurikulum sains Malaysia telah
membahagi mata pelajaran sains elektif di peringkat menengah atas dan terdiri
daripada fizik, kimia, biologi dan sains tambahan. Pada tahun 1972, mata pelajaran
kimia telah diperkenalkan di sekolah menengah di negara ini dengan bertujuan untuk
membentuk minat pelajar dalam kimia serta menambah pengetahuan dalam mata
pelajaran kimia bagi memenuhi prasyarat untuk menceburi bidang kimia dan
teknologi di peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran kimia memerlukan gabungan
pelbagai elemen penting seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Tanpa mengetahui konsep, semua pembelajaran adalah menjadi
pembelajaran hafalan dan bukan lagi pempelajaran bermakna (Alias, 1998). Pelajar
yang hanya mampu memahami dan menghafal tetapi tidak dapat mengaplikasikan
pengetahuan mereka akan merendah tahap pencapaian dengan lebih cemerlang.