Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di negara ini membahasakan tanggungjawab semua pihak termasuk individu, sekolah, dan masyarakat untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara kelestarian alam sekitar demi masa depan negara.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
513 tayangan3 halaman
Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di negara ini membahasakan tanggungjawab semua pihak termasuk individu, sekolah, dan masyarakat untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara kelestarian alam sekitar demi masa depan negara.
Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di negara ini membahasakan tanggungjawab semua pihak termasuk individu, sekolah, dan masyarakat untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara kelestarian alam sekitar demi masa depan negara.
Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di negara ini membahasakan tanggungjawab semua pihak termasuk individu, sekolah, dan masyarakat untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara kelestarian alam sekitar demi masa depan negara.
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3
Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di
negara ini
(Soalan PT3 2015)
Sejak negara kita menikmati arus kemodenan, tapak
bumi bertuah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini telah menjadi tempat yang tidak selamat untuk didiami. Hal ini wujud akibat isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Sebenarnya, sikap manusia zaman moden yang meterialistik iaitu mementingkan kemewahan merupakan faktor utama berlakunya masalah pencemaran. Sesungguhnya, semua pihak haruslah mempunyai tanggungjawab untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
dalam menangani masalah pencemaran yang berlaku ini. Ibu bapa patutlah menjadi teladan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa memerhati gerak geri dan perlakuan ibu bapa mereka di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa tidak seharusnya membuang sampah merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka. Tindakan ini akan menyedarkan anak-anak tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Dengan ini, tidak hairanlah sekiranya sikap menyayangi alam daripada ibu bapa diwarisi oleh anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Realitinya, ibu bapa merupakan model ikutan para anak yang masih setahun jagung dan semua warga bumi bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, pihak sekolah juga wajar memikul dan melaksanakan obligasi untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar. Hal ini disebabkan oleh institusi sekolah dianggap sebagai rumah kedua kepada para remaja kerana mereka menghabiskan sepuluh jam sehari di sekolah. Dalam hal ini, pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan pameran berkaitan kepentingan alam sekitar kepada pelajar. Nilai-nilai murni juga mesti disemai dalam sanubari para pelajar pada waktu mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Natijahnya, para pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti penjagaan alam sekitar secara intensif. Kesedaran tentang kesan buruk pencemaran alam sekitar akan wujud dalam kalangan mereka. Pihak sekolah harus berpegang teguh pada peribahasa hendak seribu daya tak nak seribu dalih dengan menjalankan usaha yang pragmatik dan sistematik secara berterusan.
Seterusnya, perancangan dan pengurusan sisa yang
sistematik perlu dijalankan. Sebagai masyarakat yang bertanggunjawab, kita perlu prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya. Hal ini berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang sampah sewenang- wenangnya seperti di tepi jalan dan di dalam longkang. Kesannya, masyarakat akan mudah terdedah menghidapi penyakit demam denggi yang boleh menyebabkan kematian. Dengan itu, masyarakat perlu digalakkan mengurangkan penggunaan polisterin dan plastik. Masyarakat boleh mengguna dan mengitar semula bahan-bahan terpakai yang boleh menjimatkan penggunaan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap. Sebelum nasi menjadi bubur, aforisme berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis perlu dijadikan sebagai panduan hidup untuk mengelakkan sumber asli pupus. Jelaslah, kita perlu sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar demi keselamatan rakyat dan kemakmuran negara pada masa hadapan.
Kesimpulannya, alam sekitar telah diamanahkan oleh
Tuhan kepada manusia. Kita haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab dengan mengekalkan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera dan memerlukan kerjasama yang padu yang diibaratkan seperti aur dengan tebing daripada semua pihak. Dengan itu, generasi akan datang akan dapat menikmati keindahan alam sekitar yang menjadi idaman semua manusia yang cinta akan keharmonian dan kesejahteraan.
TUGASAN
Buat rangka karangan bagi karangan yang di atas:
Pendahuluan: Isi-isi penting: I (Isi) ……………………………………………….. M (Mengapa) Ba: (Bagaimana) K (kesan) U: (ungkapan) P: (Penegasan) Penutup: